HariRaya pertama.



Assalamualaikum.
Salam 1 Syawal.
Salam AidilFitri 2012.

Alhamdulillah Allah telah membenarkan saya untuk terus untuk bernafas dan menyambut lebaran. Terima kasih Ya Allah. Syukur ke atas limpah kurnia-Nya.
 Matahari telah pun terpacak, bangun. Mandi. Bersiap ; pakai baju kurung, pakai tudung bawal & bedak. Saya taksuka make-up ok? Baru berape tahun dah nak bermake-up make-up bagai. Tak cukup matang lagi. Dan yang paling benci ialah... bila pakai tudung bawal. Kejap-kejap kena betulkan. Err -.- Dear tudung bawal, awak tahu tak awak menyusahkan saya? Oh okay.  Sementara tunggu ahli keluarga bersiap, saya tengok tv ; tengok orang sembahyang raya . Punyalah berharap sangat semalam dapat pergi sembahyang raya dengan saudara-mara dan nenek-nenek. Tapi... apakan daya, masa tidak mengizinkan. Bangun lambat. Bangun je tengok jam dah pukul 7. Ok. Sungguh khusyuk saya tengok tv. Hihihihihi.  Tengok tengok dan tengok sahaja tv. 'Hm. Lama sangatlah dorang ni, lebih baik aku ambik gambar dulu'. Dan! Inilah hasilnya, saya tahu buruk. Ok, diam.


Salam lebaran. Salam sayang, Nurul Syahirah.
Akhirnya siap jugak dorang ni. Ok, get ready for balik kampung.. Time baru je nak masuk kereta... jiran-jiran datang dekat dengan ayah minta maaf dan cakap 'Selamat Hari Raya AidilFitri Maaf Zahir dan Batin.' Saya hanya tersenyum melihat gelagat jiran-jiran.
 
 
Alhamdulillah sampai sudah di rumah pusaka ayahku ; Kampung Sungai Raya. Hahahaha, dekat je pun... Dari Taman Kota Cheras ke Kampung Sungai Raya. Ha tengok! Kitaorang special. Korang ada? Takpayah nak kena keluarkan kos yg banyak nak balik kampung, korang semua punya kampung jauh-jauh. Dengan sesaknya dengan duit minyaknya. Haduiyyy!
 
 
Sementara menunggu saudara-mara habis sembahyang raya... Tunggu 20 minit. Ber-You-Cam kejap.. Hahaha, saya ni tak habis-habis ambik gambar je. Hehehe hantu bergambar.. 
 
 
Kami gila You-Cam dan Kami tahu kami Comel ;) Hehehehehe.
Atas- wt Athirah ; cousin.
Bawah- Farah ; sister.



Akhirnya mereka sudah balik. Duit raya! Duit raya! Duit raya! Mula pemberian duit raya daripada makcik-pakcik atuk-nenek. Yahuuuuuu~ Tahun ni boleh tahanlah banyak duit raya dapat. Hehehehe. Sambil dapat duit raya tu ambil gambar jugaklah.. Tapi gambarnya ada dekat makcik, insyaAllah nanti dia uploadkan ye.. Gambar ini sahaja yang boelh dimasukkan sekarang. Yang lain semua gamabr ada dekat makcik. Klaua nak tengok kena tunggulah. Hehehe, entah bila boleh dapat pun taktahu gambar-gambar tu...
 


 
Gembira dapat duit raya. Ahakssss :D Wt KakEkin.
 
Turun pergi ruang makan. Makan rendang, lemang, nasi impit, kuah kacang pulak.. Wuhuuuuuuuuuuu~ Sedap lemang ayah saya bakar.. Betul. Taktipu. Sedap sangat.. *bangga*
 

Borak-borak setengah jam. Lepastu pergi jalan keliling kampung cari duit raya. Keliling kampung? Hahahahaha. Padahal berape rumah je pun kitaorg pergi. Tapi duduk dalam satu rumah tu punyalah berpuluh-puluh minit. Raya rumah kawan KakEkin, ada akak tu comel sangat-sangat-sangat. Geram! Pelawak pulak tu, asal orang buat something mesti ada je lawak yang dia akan buat. Sungguh best kalau dapat kakak amcam tu. Heee n_n Harap dapat jumpa akak tu lagi next year. InsyaAllah.
 

Baru balik dari rumah kawan KakEkin. Senyum. Senyum itukan sedekah :) Wt KakNadhiy.

 
Habis beraya balik rumah.. Duduk-duduk makan-makan borak-borak. Hari sudah pun menjelang petang, sanak-saudara mahu pulang. Bersalam-salaman dengan saudara-mara. Satu jam selepas mereka pulang, kami pula meminta diri. Hehehehe, pergi ke rumah saudara sebelah mama pula..
 

Tidak sangka, hari sudah pun malam. Sungguh cepat masa berlalu untuk menamatkan 1 Syawal. Redha. Tiba di perkarangan rumah PakNgah pula ; abang mama. Meluru masuk ke dalam rumah.. Bersalam-salaman, di jemput makan. Wuhuuuu~ Dapat makan ayam masak merah.. Laju saja :) My favourite lah katakan ;) Hehehehhe. Selepas makan, solat Isyak pula.. Selesai bersolat Isyak. Duit raya and take picture again~ Ha! This! Find me~ Yang comel-comel tu :) Heeeeeeeeeee~

 
 

Picture 1.
Picture 2.


Picture 3.

#Picture 1,2,3.
Atas - dari kiri ; CikMona, PakTam, Abah, AbangApis, CikFandi, AbangAman, KakAtie.
Baris kedua - dari kiri ; PakNgah, Atuk, MakNgah.
Bawah - dari kiri ; Mama, AdikHusna, Saya, AdikFarah, KakAida, KakEkin, KakNadhiy.

Hehehe, sweet family. Keluarga Kembangan.



Keluarga Lelaki.
Atas - dari kiri ; AbangAman, CikFandi, Abah.
Bawah - dari kiri ; PakTam, Atuk, PakNgah.


 

Keluarga Perempuan.
Atas - dari kiri ; Saya, KakAida, KakAtie, KakNadhiy, KakEkin.
Bawah - dari kiri ; Mama, AdikHusna, MakNgah, AdikFarah, CikMona.


Gadis-gadis gelita idama malaya :D
Hahahaha. The cutest gegirl ;)


 
Taraaaaaa! Ini keluarga asas saya :) Kami tahu kami semua comel-comel.. Hehehehehe.
The grey family... Ilovemyfamilymuch :*
Dari kiri ; KakNadhiy, KakAida, Abah, AdikFarah, Mama, AdikHusna, KakEkin, Saya :D
 


 

Alhamdulillah siap juga post saya ini. Harap anda semua gembira membaca post saya ini. Maaf saya post hari kelima. Takda masa nak post awal-awal, tak salahkan? Sampai disini sahaja post saya, harap maaf jika ada tersalah silap dalam post ini. Assalamualaikum. Saya rasa masih belum terlambat lagi saya ingin memohon maaf jikalau saya ada melakukan ape-ape yang boleh membuatkan hati anda tersingung.. Maaf ye!
 
 
 
Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Batin :)


 





 

 
Salam sayang,
 
Syahirah.